awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM harap Deepavali semarakkan hubungan antara kaum

Bernama
Bernama
21/10/2014
14:23 MYT
TPM harap Deepavali semarakkan hubungan antara kaum
MUHYIDDIN: Saya berharap Pesta Cahaya bagi masyarakat India di Malaysia akan menerangi segala kegelapan yang menghalang kepada perpaduan antara kaum.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sambutan Deepavali diharap dapat menyemarakkan lagi hubungan antara kaum dan memupuk perasaan saling hormat menghormati ke arah memelihara kesejahteraan dan keharmonian negara.
Beliau turut berharap sambutan perayaan Deepavali ini akan terus memberikan cahaya kepada masyarakat India untuk menikmati kehidupan lebih baik dan dilimpahi kesejahteraan berpanjangan.
"Sehubungan itu, sempena sambutan yang diraikan bukan sahaja oleh penduduk berketurunan India malah rakyat berbilang kaum di negara ini, marilah kita sama-sama bersatu hati mengorak langkah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan membangun dengan cemerlang," katanya dalam perutusan Deepavali di sini, pada Selasa.
Sumbangan masyarakat India dalam pembangunan Malaysia adalah penting dengan kaum-kaum lain di negara ini dan kerajaan amat menghargai setiap sumbangan serta usaha yang telah dilakukan oleh kaum India dalam usaha menjadikan Malaysia seperti sekarang, katanya.
"Sambutan perayaan Deepavali yang merupakan cuti umum di Malaysia tentulah peluang terbaik untuk kita saling mengunjungi dan menghargai sumbangan masyarakat India yang turut memainkan peranan dalam membangunkan negara yang tercinta ini.
"Saya berharap Pesta Cahaya bagi masyarakat India di Malaysia akan menerangi segala kegelapan yang menghalang kepada perpaduan antara kaum, semoga kita bersama-sama dapat menikmati kehidupan yang harmoni atas dasar toleransi yang sememangnya amat penting dalam negara pelbagai kaum di Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan