Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negara.
Beliau berkata sokongan daripada mereka penting dalam usaha kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) memperbaiki apa ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
"Sekarang masa untuk kita sama-sama membina negara dan kerajaan ada hala tuju jelas ke arah itu serta usaha menunaikan manifesto PH yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
"Pada masa sama, kerajaan sedar dengan kritikan diterima terutama dalam menunaikan manifesto tersebut yang dibuat ketika itu tanpa mengetahui masalah hutang ditanggung negara," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia di sini, malam tadi.
Majlis itu dihadiri kira-kira 450 rakyat Malaysia di Brunei yang terdiri daripada golongan profesional, ahli perniagaan dan pelajar di institusi pendidikan Brunei.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata jika semua rakyat bersatu, masa depan negara sudah tentu boleh diubah.
Mengulas lanjut pada sidang media selepas majlis itu, katanya rakyat Malaysia di Brunei yang terdiri daripada golongan profesional mempunyai kepakaran dan telah membantu dalam aspek pembangunan negara berkenaan.
Justeru, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan mereka memberi sumbangan menerusi kepakaran dalam bentuk idea, syor dan teguran.
"Ini bukan bererti kerajaan mahu menarik mereka balik, tetapi hanya dari segi idea, syor dan teguran. Kita menerima secara terbuka," katanya.
Beliau berkata terdapat kira-kira 30,000 rakyat Malaysia bekerja di negara ini, dan 10,000 daripada mereka adalah golongan profesional yang bertugas dalam sektor minyak dan gas, ahli perniagaan serta doktor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 26 2019
Dr Wan Azizah bersama rakyat Malaysia di Brunei pada majlis perjumpaan bersama rakyat Malaysia, malam tadi. --fotoBERNAMA
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Pasangan Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha Rosnah sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan.
Tiada syarikat dilantik untuk projek Kereta Api Trans-Borneo - Kerajaan Brunei
Kerajaan Brunei tidak ada menawarkan atau melantik sebarang syarikat tempatan atau antarabangsa untuk melaksanakan projek Kereta Api Trans-Borneo.
Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway
Projek Trans Borneo dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - RHB Investment
RHB Investment Bank menjangkakan pelancaran Projek Kereta Api Trans Borneo tidak akan berlaku serta-merta kerana ia memerlukan persetujuan ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Projek kereta api berkelajuan tinggi, Sabah belum terima maklumat rasmi
Kerajaan Sabah belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai dakwaan sebuah syarikat dari Brunei yang mengumumkan pelaksanaan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
'Ia terlalu peribadi' - Mawar Rashid bakal jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei
Kata Mawar, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Diaspora Malaysia di Singapura dan Brunei jadi pekerja mahir atau separa mahir
Mohd Uzir berkata 39 peratus rakyat Malaysia di Singapura adalah pekerja mahir dan 35 peratus pekerja separa mahir.
BATC 2024: Skuad lelaki mudah tumpaskan Brunei
Skuad lelaki kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan bergaya selepas mudah mengecewakan Brunei, 5-0.