awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara

Bernama
Bernama
08/06/2024
10:15 MYT
TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara
Peters (empat, kanan) meluangkan masa sekitar 20 minit menjelajah Masjid Negara. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters terpesona dengan reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di Masjid Negara.
Semasa lawatannya ke Masjid Negara, Peters yang juga Menteri Luar New Zealand, melahirkan rasa kagum selepas diberi taklimat mengenai masjid itu oleh Attan Akmar, wakil Program Pemandu Pelancong Masjid dari Pusat Outreach Islam Sukarela Abim (IOAC) dan Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni, pada pagi Sabtu.
Attan menyambut ketibaan Peters pada 11 pagi. Peters kemudian dibawa melawat ke dewan solat utama Masjid Negara sambil diberi taklimat oleh Attan dan Ehsan.
Peters meluangkan masa sekitar 20 minit menjelajah masjid itu, mempelajari tentang sejarahnya, reka bentuk dan pelbagai program di Masjid Negara.
"Peters kagum dengan Masjid Negara. Beliau turut berkongsi pengalamannya melawat banyak masjid di pelbagai negara, tetapi beliau menyatakan bahawa Masjid Negara terserlah dengan reka bentuk moden sambil mengekalkan ciri-ciri Islam," kata Attan, yang telah berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Program Pemandu Pelancong IOAC-Masjid Negara selama tiga tahun, kepada pemberita pada Sabtu.
Masjid Negara dibina antara 1963 dan 1965. Ia mempunyai kapasiti untuk menampung 15,000 orang dan terletak di antara 5.3 hektar taman yang indah.
Peters dan delegasinya tiba di negara ini pada Khamis.
Malaysia adalah destinasi kedua Peters dalam lawatannya ke Asia Tenggara selepas Vietnam, menunjukkan dasar New Zealand yang mengutamakan kerjasama dengan rantau yang berkembang pesat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#Timbalan Perdana Menteri
#Winston Peters
#Masjid Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan