Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang motosikal agar lebih berdisiplin di jalan raya supaya golongan itu tidak terus menjadi penyumbang kepada peratusan tinggi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.
Menyifatkan dirinya juga seorang penunggang motosikal yang aktif sejak 40 tahun lalu, beliau berkata golongan berkenaan harus mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap mereka sebagai penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya.
"Malah saya juga dulu pernah dikatakan dalang utama penyebab kemalangan jalan raya. Saya dilemparkan pandangan yang buruk kerana saya mewakili penunggang motosikal.
"Kali ini saya bersama saudara-saudari membuktikan kepada masyarakat bahawa kita bukan penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya," katanya semasa merasmikan program Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.
Program anjuran Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Kelab Permotoran RXS RXK RXZ Malaysia itu berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 penunggang motosikal, melebihi sasaran 5,000 yang ditetapkan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu kemalangan jalan raya dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan, antaranya dengan menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata unit itu yang dahulunya diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, dinaik taraf menjadi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada tahun lepas.
"Kenaikan taraf unit itu kepada sebuah jabatan memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan motosikal," katanya.
Sementara itu, beliau turut bercadang menubuhkan sebuah persatuan baharu bagi menggabungkan semua persatuan motosikal di negara ini, yang dinamakan Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP Moto Malaysia) pada awal tahun depan.
Ahmad Zahid berharap 20,000 penunggang motosikal dari seluruh negara akan berkumpul pada majlis pelancaran GP Moto Malaysia itu, nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
Ahmad Zahid menaiki motosikal ketika merasmikan Gegar Anak Seni dan Bikers hari ini. Turut hadir Pengerusi Koperasi Seniman KL Berhad Datuk Jurey Rosli (dua, kiri). --fotoBERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.