SINGAPURA: Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Singapura mengutus perutusan tahniah kepada rakan sejawatan dari Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof atas pelantikan baru-baru ini dan berharap dapat mengadakan pertemuan tidak lama lagi.
Dalam perutusan tahniah itu, Lawrence Wong dan Heng Swee Keat antara lain menyatakan bahawa Perjanjian Rangka Kerja dalam ekonomi digital dan hijau yang dimuktamadkan pada Ogos 2022 akan menjadi asas untuk memperluas kerjasama dalam sektor baharu.
Kedua-dua timbalan perdana menteri republik itu juga menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua negara boleh meneroka peluang baharu kerjasama dan berharap dapat bekerja rapat untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Pada 2 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dua timbalan perdana menteri dalam barisan Kabinet baharunya yang terdiri 27 menteri.
Ahmad Zahid, pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Luar Bandar dan Wilayah manakala Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Kedua-duanya mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Singapura mengutus perutusan tahniah kepada rakan sejawatan dari Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof atas pelantikan baru-baru ini. - Gambar fail
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Pemulihan pembuatan kekal utuh walaupun pertumbuhan IPP Malaysia perlahan pada Mac
Walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada Mac berbanding 3.1 peratus pada Februari, ia melepasi jangkaan dengan pemulihan dalam pembuatan kekal utuh.
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
[TERKINI] Pembangunan kasino di Forest City adalah fitnah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino adalah fitnah liar dan tidak benar.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
TPM Singapura ucap tahniah kepada Ahmad Zahid dan Fadillah
Kedua-dua timbalan perdana menteri republik itu juga menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua negara boleh meneroka peluang baharu kerjasama.
Lawatan TPM Singapura: Hubungan baik manfaatkan kedua-dua negara - Penganalisis
Hubungan baik antara Malaysia dan Singapura akan terus memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara.
Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.
PM Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura di Putrajaya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong di Perdana Putra.
Kunjungan TPM Singapura Lawrence Wong satu pendekatan positif - Anwar
Inisiatif Lawrence untuk mengenali tokoh-tokoh di negara ini dari kalangan ahli politik dan golongan korporat menjadikan hubungan yang sedia terjalin selama ini akan lebih baik.
TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.