awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA

Bernama
Bernama
18/02/2018
13:05 MYT
TPM ucap tahniah anak Malaysia cemerlang peperiksaan ACCA
Wan Nur Mafudah (kanan) yang memperoleh keputusan 8A1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sebelum ini menuntut di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang perakaunan sebelum menyambung pengajian di Kolej Pendidikan Intec. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang seorang anak Malaysia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) baru-baru ini.
Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, dari Jertih, Terengganu yang merupakan lulusan Kolej Pendidikan Intec Shah Alam berjaya memperoleh markah 95 peratus - tertinggi di peringkat dunia - bagi kertas Laporan Kewangan (F7).
"Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau," kata Ahmad Zahid dalam catatan di laman Twitter hari ini.
Saya sangat berbangga dengan kejayaan yg diperolehi oleh adik Wan Nur Mafudah Wan Yusof. Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau. https://t.co/6zCDpnppyk
— Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) February 18, 2018
Wan Nur Mafudah yang memperoleh keputusan 8A1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sebelum ini menuntut di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dalam bidang perakaunan sebelum menyambung pengajian di Kolej Pendidikan Intec.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#keluarga
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#MARA
#menteri
#pendidikan
#peperiksaan
#Perdana Menteri
#shah alam
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Twitter
#Wan Nur Mafudah Wan Yusof
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan