Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang melalui Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes anak tidak sah taraf orang Islam ke Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata pada masa ini, JPN menjalankan tugasnya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang tidak membenarkan anak-anak tidak sah taraf dibinkan atau dibintikan dengan nama lelaki yang mengaku sebagai bapanya.
"Kita tahu hukum tetap hukum. Kementerian Dalam Negeri khususnya JPN patuh kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Oleh kerana itu, kita merayu semula kepada mahkamah yang lebih tinggi agar keputusan itu (Mahkamah Rayuan) dibatalkan kerana anak-anak yang sah taraf sahaja yang dibolehkan dibinkan dengan bapanya.
"Namun dalam keadaan ini kita menghormati anak-anak itu yang dilahirkan tidak berdosa. Anak-anak dilahirkan seperti kain putih ibu bapanya yang mencoraknya dengan pelbagai warna," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra Aidilfitri Malabari di Selayang dekat sini, Sabtu malam.
Dalam hal ini, beliau berkata umat Islam perlu bersatu untuk memastikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dicabar oleh mana-mana pihak atau sistem perundangan lain.
Pada Khamis, Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya membenarkan rayuan yang dikemukakan pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa Ketua Pengarah JPN menggantikan nama anak mereka yang berbin atau berbinti 'Abdullah' dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.
Pada Jumaat pula, Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli dilaporkan berkata bahawa sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh dan sebarang tindakan yang dilakukan oleh JPN sekarang adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga meminta pihak Peguam Negara mewakili Kerajaan Persekutuan membawa kes itu untuk rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan, dan dibahas secara holistik bagi mempertimbangkan kes tanpa sekali-kali membelakangi hukum dan prinsip Islam yang menjadi teras negara selama ini, sebagaimana yang terpateri kukuh di dalam Perlembagaan.
Bernama
Sat Jul 29 2017
TPM ZAHID: Dalam keadaan ini kita menghormati anak-anak itu yang dilahirkan tidak berdosa.
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
TPM Zahid setuju JPN bawa rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Pada masa ini, JPN menjalankan tugasnya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada
Sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh.