awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia meningkat

Bernama
Bernama
10/08/2018
14:02 MYT
Trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia meningkat
Destinasi dalam ASEAN mencatatkan sejumlah 1.8 juta penumpang manakala 2.0 juta penumpang direkodkan untuk destinasi bukan ASEAN. - Gambar hiasan
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan trafik penumpang berjumlah 8.6 juta orang bagi lapangan-lapangan terbang dalam negara pada bulan lepas, kenaikan 2.2 peratus dari tahun ke tahun selepas dipacu oleh angka penumpang antarabangsa tertinggi.
Syarikat itu dalam satu kenyataan, berkata sektor antarabangsa mencatatkan seramai 4.6 juta penumpang dengan pertumbuhan 5.1 peratus, yang berjaya dicapai dengan faktor beban purata sebanyak 78.4 peratus, yang tertinggi untuk tahun ini.
Sementara itu, sektor domestik terus berada dalam zon negatif, susut 1.0 peratus dengan 4.0 juta penumpang.
Secara keseluruhan, rangkaian lapangan terbang MAHB termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (Istanbul SGIA), merekodkan trafik penumpang berjumlah 11.9 juta pada bulan lepas, naik 4.2 peratus berbanding Julai 2017.
Penumpang Istanbul SGIA menokok 9.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelum ini kepada 3.3 juta penumpang. Lapangan terbang itu mencapai rekod prestasi pergerakan penumpang bagi sektor domestik dan antarabangsa.
Lapangan terbang MAHB di Malaysia pula menyaksikan pergerakan penumpang antarabangsa membabitkan destinasi ASEAN berkembang sebanyak 4.7 peratus kepada 2.2 juta manakala pergerakan penumpang bukan destinasi ASEAN mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus dengan 2.3 juta penumpang.
Secara keseluruhan, pergerakan pesawat naik sebanyak 0.2 peratus.
Trafik pesawat antarabangsa bertambah 2.6 peratus manakala pergerakan pesawat domestik berkurangan sebanyak 1.4 peratus berbanding Julai 2017.
Pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding Julai 2017 dengan trafik penumpang mencecah 5.3 juta.
Destinasi dalam ASEAN mencatatkan sejumlah 1.8 juta penumpang manakala 2.0 juta penumpang direkodkan untuk destinasi bukan ASEAN.
Sektor domestik berkembang 0.8 peratus dengan 1.4 juta penumpang.
Secara keseluruhan, pergerakan pesawat di KLIA telah melonjak sebanyak 0.8 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lepas.
Trafik pesawat antarabangsa di KLIA meningkat sedikit manakala pergerakan pesawat domestik turut mencatatkan pertumbuhan 2.7 peratus.
Pergerakan penumpang untuk 12 bulan terakhir di Terminal Utama KLIA berjumlah 28.2 juta penumpang, merosot 0.4 peratus.
Trafik penumpang bagi klia2 mencerminkan peningkatan sebanyak 11.8 peratus kepada 31.8 juta penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#KLIA2
#lapangan terbang
#MAHB
#penumpang
#trafik penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan