awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke

Faida Rahim
Faida Rahim
15/01/2025
07:00 MYT
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Loke berkata, angka ini mencapai sejumlah 97.1 juta penumpang, selaras dengan ramalan MAVCOM antara 95.4 hingga 97.6 juta penumpang.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, angka ini mencapai sejumlah 97.1 juta penumpang, selaras dengan ramalan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) antara 95.4 hingga 97.6 juta penumpang.
"Ini menunjukkan peningkatan dua kali ganda, peningkatan sihat. Berbanding tahun sebelumnya tahun 2023, mencapai sejumlah 97.1 penumpang. Selaras dengan ramalan MAVCOM iaitu antara 95.4 hingga 97.6 juta penumpang. Ini mewakili 89 peratus daripada tahap 2019 ataupun pra pandemik.
"Sebelum pandemik kita lihat jumlah pergerakan penumpang 109.3 juta. Jadi sekarang ini kita sudah mencapai hampir 90 peratus pra pandemik.
"Ini bagi saya adalah satu pencapaian yang agak memuaskan, agak baik kerana sewaktu pandemik, memang kita tahu dia menjunam turun. Tahun 2020, 26.7 juta sebab PKP hanya berlaku pada bulan 3 (Mac)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang Statistik MAVCOM 2024 di Putrajaya pada Rabu.
Tambah Loke, pada tahun 2024, trafik penumpang didorong oleh segmen penumpang ASEAN dan antarabangsa, dengan masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 19.8 peratus dan 38.9 peratus.
Dalam masa sama, segmen penumpang domestik turut mencatat pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus.
Sementara itu, Loke menjelaskan pertumbuhan ini disumbangkan oleh beberapa faktor utama, termasuk penambahan kapasiti tempat duduk yang disediakan oleh syarikat penerbangan, pengecualian visa bagi pelancong dari China dan India serta peningkatan kesalinghubungan ke destinasi utama seperti China, India, Indonesia, Korea Selatan, Australia dan Negara-Negara Teluk.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#trafik penumpang udara
#mavcom
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan