awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini

Bernama
Bernama
02/02/2025
14:45 MYT
Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 9 malam ini, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan jumlah kenderaan dan dijangka berlarutan sehingga lewat malam.
Beliau memaklumkan kesesakan menuju ke Lembah Klang dari arah utara tanah air antaranya melibatkan lokasi Gurun menuju ke Sungai Petani Selatan, Gopeng ke Bidor, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Katanya bagi arah selatan, kesesakan berlaku di Pedas-Linggi ke Seremban.
Bagi arah pantai timur pula, kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong menuju ke Lentang dan Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik sesak
#lebuh raya utama
#PLUS
#LLM
#Tahun Baharu Cina
#cuti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan