awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi di inap desa: Kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kolam mini

Mohammad Shafiq Mohd Noordin
Mohammad Shafiq Mohd Noordin
20/03/2017
14:35 MYT
Tragedi di inap desa: Kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kolam mini
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong (gambar) berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh bapanya berusia 41 tahun. - Gambar fail
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang mini sebuah inap desa di Tanah Hitam, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh bapanya berusia 41 tahun selepas sedar daripada tidur.
“Keluarga berkenaan menyewa di inap desa tersebut dan pada jam 11 pagi bapa serta anak bongsunya iaitu mangsa berehat di ruang tamu, apabila sedar mangsa sudah tiada.
“Beliau kemudian pergi mencari dan terjumpa mangsa dalam keadaan terapung dalam mini pool dan tidak sedarkan diri,” katanya beliau dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Beliau turut memberitahu bapa mangsa kemudiannnya terus menghubungi adik iparnya untuk meminta bantuan dan pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Pemeriksaan tubuh badan mangsa dapati tiada kecederaan serta tiada unsur-unsur jenayah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas.
“Pengadu iaitu bapanya bekerja sebagai penyelia dan beralamat di Ayer Tawar, Perak manakala anak bongsunya itu beralamat di Sepang, Selangor,” ujarnya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#inap desa
#kanak-kanak lemas
#Ketua Polis Daerah Ipoh
#kolam mini
#Sum Chang Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan