awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2021
20:00 MYT
Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas
Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi diuruskan oleh TUDM dengan istiadat pengebumian ketenteraan pada Rabu. -Foto FB TUDM
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memfokuskan kepada kebajikan keluarga kedua-dua juruterbang pesawat Hawk yang terlibat dalam kemalangan ketika latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu.
TUDM menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi berkata, segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.
Sumber Facebook tudmrasmi
Menurut TUDM, balu dan ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang menetap di Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan, Pahang telah dibawa ke Pulau Pinang menggunakan sebuah pesawat C130H.
"Sebaik tiba sekitar jam 9.40 pagi, waris Allahyarham terus dibawa ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum bedah siasat dilaksanakan.
"Selesai urusan bedah siasat, pengurusan jenazah Allahyarham dikendalikan oleh Pangkalan Udara Butterworth, manakala urusan pengebumian oleh Pangkalan Udara Kuantan dan Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam," menurut kenyataan tersebut pada Rabu.
TUDM berkata, pesawat C130H yang membawa jenazah Allahyarham berlepas dari Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar jam 4.08 petang dan tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada jam 6 petang.
"Jenazah kemudian dibawa ke kediaman keluarganya di Muadzam Shah untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang dengan istiadat pengebumian tradisi ketenteraan," katanya.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mejar Jeneral Mohd Shahada Ismail dan Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar Ariffin.
Insiden melibatkan pesawat pejuang jenis Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang berlaku sekitar jam 10 malam Selasa.
Allahyarham Kapten Mohamad Affendi disahkan meninggal dunia dalam nahas tersebut, tersebut manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Affendi Bustamy
#TUDM
#tragedi hawk
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan