KUANTAN: Makan malam bersama dua sepupunya merupakan memori terakhir buat Muhammad Zulfaqar Hadi Abdullah, 14, yang kehilangan saudara rapatnya itu dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai di Terengganu, pada Sabtu.
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata kali terakhir dia bertemu sepupunya Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dan Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah pada Jumaat malam, iaitu sehari sebelum mangsa difahamkan bergerak ke lokasi kejadian.
"Mereka berdua paling rapat dengan saya berbanding yang lain ... memang dari kecil kami selalu main bersama-sama dan sehingga sekarang pun kami masih rapat dan sering lepak bersama-sama.
"Malah pada sehari sebelum kejadian, kami keluar makan malam di bandar dan saya tidak menjangkakan ia menjadi memori terakhir kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Felda Lepar Hilir 3 di sini, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir itu juga tidak dapat menahan sebak semasa membantu membuat pengecaman terhadap seorang lagi sepupunya Putri Nurerina Natasya Karim, 10, dan berharap ahli keluarganya yang masih belum dijumpai dapat segera ditemukan.
Sementara itu, ibu kepada Muhammad Zulfaqar, Rafeah Eiyi, 31, berkata abang iparnya Karim Abdullah, 39, sememangnya gemar memancing dan kali pertama membawa keluarganya ke lokasi kejadian untuk berkelah.
Katanya, beliau sememangnya terkejut apabila menerima berita duka itu ketika dihubungi polis pada petang Ahad dan bergegas ke hospital selepas itu.
Jiran mangsa, Nasaini Samsudin, 33, pula menyifatkan Azizah Eiyi, 40, sebagai "seorang yang mudah untuk diminta pertolongan dan tidak sombong" serta seorang yang ceria.
"Azizah tak pernah bermasam muka dengan sesiapa. Kami kerap berjumpa di depan rumah mak arwah pada sebelah petang untuk makan 'colek' bersama menyebabkan sukar untuk saya terima bahawa dia sudah tiada ... apa-apa pun, saya reda dengan ketentuan ini," katanya.
Suri rumah itu berkata semasa mendengar berita itu, beliau menjangkakan hanya Karim yang terkorban sebelum mengetahui Azizah dan anak-anaknya turut menjadi mangsa.
"Saya terduduk ... sebak dan tidak percaya langsung kerana kami memang rapat. Malah, anak-anak juga sering bermain bersama-sama dan sekelip mata, kesemua mereka tiada," katanya.
Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.
Setakat pagi tadi, tujuh mayat telah ditemukan dan dikenal pasti identitinya iaitu Karim; Azizah; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18,
Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata kali terakhir dia bertemu sepupunya Putri Alleya Maisarah dan Putri Nor Fatin adalah pada Jumaat malam. - Gambar fail/Astro AWANI
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Kebun sawit dipenuhi pasir selepas banjir
Pasir dan batu kecil dihanyutkan ke kawasan kebunnya yang terdapat kira-kira 80 pokok sawit selepas tembok batu di tebing sungai runtuh.