awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Cuaca gelap, operasi SAR ditangguhkan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
03/07/2023
10:25 MYT
Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Cuaca gelap, operasi SAR ditangguhkan
Hari ini, mayat empat mangsa tragedi itu berjaya ditemui pasukan SAR. - Gambar/ Bernama
KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditangguhkan hari ini, dan akan disambung pagi esok.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata operasi yang memasuki hari kedua ini ditangguhkan kira-kira jam 5 petang berikutan cuaca gelap.
Katanya, seramai 168 orang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung telah digerakkan dalam operasi pada hari ini.
Tragedi Kepala Air: 163 anggota pelbagai agensi terlibat SAR
BACA: 'Hanya 6 mayat sekeluarga ditemui, bukan 9' - Polis
"Dalam operasi pencarian hari ini kita berjaya menemui empat mayat mangsa dan pencarian empat lagi mangsa akan disambung esok," katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, pada Isnin.
Beliau berkata, pasukan SAR berdepan dengan kesukaran seperti masalah komunikasi dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan maklumat awal yang disalurkan tidak tepat.
Hari ini, empat mayat mangsa tragedi berjaya ditemui iaitu Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemui terapung oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.05 pagi tadi.
Mayat Putri Aryana Umaira Karim, 4; Putri Nurerina Natasya Karim, 10, pula ditemui kira-kira jam 12.05 tengah hari, manakala bapa mereka, Karim Abdullah,39, ditemui kira-kira jam 1.55 tengah hari.
Semalam, seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan lemas manakala lapan lagi hilang dalam fenomena kepala air di kawasan itu.
Mayat Azizah Eiyi, 40, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian. Anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim,11, pula ditemui tersangkut kira-kira jam 3 petang hari yang sama.
Topic Berkaitan
#Tragedi jeram air putih
#keluarga mati lemas
#operasi sar
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan