Video insiden kren tumbang di MasjidilHaram di Mekah telah mula dikongsi di media sosial sejak petang Jumaat.

Saat-saat cemas ketika kren tumbang di Masjidil Haram berjaya dirakam oleh seorang jemaah haji.

Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan bagaimana jemaah yang sedang menunaikan rukun Islam kelima itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Kren itu digunakan untuk penambahan satu bahagian baru di masjid utama di Jeddah.

Seramai 107 jemaah terkorban manakala 238 lagi mengalami kecederaan berikutan insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan).

Video ini kemudiannya dimuat naik di YouTube dan telah dikongsi lebih 778 ribu kali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Sabtu mengesahkan enam jemaah dari Malaysia masih belum dapat dikesan.

Menurutnya, dua jemaah lelaki dan empat jemaah wanita Malaysia masih belum dapat dikesan sejak jam 4 pagi (waktu tempatan).

Jelasnya, pihak Tabung Haji (TH) sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji tersebut dan operasi ini diteruskan sehingga jemaah tersebut ditemui.

Sumber: YouTube