NATIONAL
Tragedi Mekah: Korban kelima dikenalpasti sebagai Zainun Taha
Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab 90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.
Jenazah terbaharu ini dikenalpasti oleh waris beliau yang berada di Mekah.
Dengan perkembangan terbaharu ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Turut hilang tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.
Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami