awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis

Bernama
Bernama
19/10/2018
09:24 MYT
Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis
Pengesahan itu berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Hospital Shah Alam ke atas mayat tersebut. - Gambar fail
Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai ketika membantu mangsa kemalangan di Km14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata pengesahan itu berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Hospital Shah Alam ke atas mayat tersebut.
"Pihak forensik hospital kini dalam proses untuk menyerahkan jenazah Amir Hamzah, 22 kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pada 12 Okt lepas, seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena, treler, lori dan sebuah Honda Civic.
Bagaimanapun pada keesokannya polis menerima laporan tentang kehilangan seorang lelaki berusia 22 tahun apabila motosikalnya ditemui dalam keadaan bertongkat dan enjin masih hidup di lokasi kemalangan itu.
Abang mangsa, Khairul Anuar dilaporkan berkata ketika kejadian, adiknya sedang cuba membantu sebuah lori yang terbabas sebelum dipercayai terjatuh dari jambatan di lebuh raya itu ke dalam Sungai Kayu Ara apabila sebuah lagi lori turut kemalangan.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor serta polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan berkenaan dan Isnin lepas, satu mayat ditemui di Sungai Kandis oleh penjaga perangkap sampah.
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Mohd Rozali
#Baharuddin Mat Taib
#bomba
#Honda Civic
#Hospital Shah Alam
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#NKVE
#perangkap sampah
#sungai kandis
#Sungai Kayu Ara
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan