awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Tiada pelajar Malaysia terlibat - Maszlee

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
15/03/2019
12:26 MYT
Tragedi solat Jumaat Christchurch: Tiada pelajar Malaysia terlibat - Maszlee
MASZLEE: Setakat jam 5 petang, KPM melalui Education Malaysia Australia mengesahkan tiada pelajar Malaysia di Christchurch yang terlibat di dalam insiden ini. -Foto fail
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.
Menurut Menterinya, Maszlee Malik, ketika kejadian, kebanyakan pelajar berada di universiti masing-masing.
“Terdapat dua universiti di Christchurch iaitu Universiti Canterbury dan Universiti Lincoln yang mempunyai pelajar Malaysia.
“Setakat jam 5 petang, KPM melalui Education Malaysia Australia mengesahkan tiada pelajar Malaysia di Christchurch yang terlibat di dalam insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak Education Malaysia Australia telah berhubung dengan wakil pelajar Malaysia di kedua-dua universiti berkenaan dan mengesahkan jumlah pelajar Malaysia di Universiti Canterbury adalah seramai 270 orang manakala di Universiti Lincoln 33 orang.
Maszlee juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan zalim individu yang menyerang umat Islam di dua masjid di sana.
Beliau berharap semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Christchurch dan bandar-bandar lain di New Zealand menjaga keselamtan dan mengikut arahan pihak berkuasa tempatan.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Maszlee Malik
#New Zealand
#serangan masjid Christchurch
#tembakan
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan