MALAYSIA
Tragedi solat Jumaat: Henti viralkan adik saya telah meninggal dunia - Kakak mangsa

Zarina Shuib, 53, kakak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchu - Foto Berrch, New Zealand menunjukkan gambar keluarga adiknya ketika ditemui di rumahnya di Alor Setar. - Foto Bernama
‘Masyarakat diminta menghentikan penyebaran berita tidak benar yang mengatakan adik saya telah meninggal dunia.
“Adik saya masih hidup dan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di New Zealand.”
Demikian rayu Zarina Shuib, 53, kakak mangsa kejadian tembakan di di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.
Ini ditambah pula anak kedua Mohd Tarmizi, Mohd Hafiq, 17, yang berada di dalam masjid itu ketika kejadian masih belum ditemui.
“Sedih dengar (ucapan) Al Fatihah Mohd Tarmizi sudah meninggal, saya tanya tahu dari mana Mohd Tarmizi dah meninggal? Lepas tu itu kami cakap dia ok, stabil, masih hidup.
“Terkejut juga dapat berita itu tak mungkinlah (meninggal dunia). Saya minta tolonglah jangan buat viral yang bukan-bukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Zarina berkata, sejak kejadian itu mereka sekeluarga tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib yang menimpa Mohd Tarmizi dan sentiasa menunggu berita selanjutnya dari masa ke semasa.
Dalam kejadian itu, Mohd Tarmizi dilaporkan cedera di bahagian belakang badannya.
Kejadian tembakan pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan) di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch itu mengorbankan 49 nyawa manakala lebih 40 orang cedera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami