NATIONAL
Tragedi UiTM Dungun: Jenazah Ku Adib dibawa ke kediaman di Sungai Buloh

Jenazah Allahyarham Ku Adib tiba di Masjid An Nur, Saujana Utama kira-kira jam 4.10 petang Khamis. -Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Suasana hiba menyelubungi Masjid An-Nur Saujana Utama apabila jenazah pelajar UiTM Dungun Ku Adib Aizad Ku Azmi diiring masuk ke dalam van jenazah untuk dibawa ke kediaman keluarganya di Sungai Buloh.
Ringkasan AI
- Suasana hiba menyelubungi Masjid An-Nur Saujana Utama ketika jenazah Ku Adib Aizad Ku Azmi diiring masuk ke dalam van jenazah untuk dibawa ke kediaman keluarganya di Sungai Buloh.
- Jenazah Ku Adib disolatkan di Pusat Hidayah, UiTM Dungun sebelum dibawa ke masjid berkenaan. Jenazah dijangka dikebumikan selewat-lewatnya malam ini.
- Ku Adib, pelajar UiTM Dungun, maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta. Dua lagi mangsa maut ialah Mohd Akmal Tukirin dan Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah.
Terdahulu, jenazah Ku Adib disolatkan di Pusat Hidayah, UiTM Dungun dan dibawa menaiki van jenazah UiTM ke masjid berkenaan.
Jenazah dijangka dikebumikan selewat-lewatnya malam ini.
Ku Adib merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang maut dalam kemalangan berhadapan kampus berkenaan selepas dua buah motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta.
Dua lagi mangsa yang maut dalam nahas berkenaan ialah Mohd Akmal Tukirin, 25, dan Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, manakala seorang rakan mereka Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera parah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami