awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Transaksi sukarela antara punca mangsa tertipu - BNM

Bernama
Bernama
24/06/2025
13:31 MYT
Sponsor Banner
Transaksi sukarela antara punca mangsa tertipu - BNM
Penjenayah kini semakin canggih dalam memanipulasi mangsa termasuk menggunakan taktik menakutkan atau memperdaya melalui sindiket cinta palsu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes penipuan kewangan dalam talian dikenal pasti berpunca daripada transaksi yang dilakukan dengan kebenaran mangsa sendiri, hasil manipulasi psikologi dan emosi oleh penjenayah siber, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengurus Pejabat Wilayah BNM Kuala Lumpur Vijayadurai Singgatore berkata, penjenayah kini semakin canggih dalam memanipulasi mangsa termasuk menggunakan taktik menakutkan atau memperdaya melalui sindiket cinta palsu.
"Ada yang mendakwa menjadi mangsa dalam kes dadah dan langgar lari malah ada juga kes penipu menyamar sebagai individu yang ingin menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa," katanya ketika menjadi tetamu program POV: Perspektif Bukan Persepsi Bersama Kamal Affandi Hashim terbitan Bernama Radio hari ini.
Beliau berkata taktik sebegini menyebabkan mangsa membuat transaksi secara sukarela walaupun secara tidak sedar mereka sedang diperdaya.
Selain itu, penjenayah dikesan menggunakan teknologi seperti spoofing atau perdayaan untuk mengakses aplikasi dalam telefon pintar mangsa serta kecerdasan buatan bagi meniru suara mangsa.
Vijayadurai berkata justeru itu, orang ramai disaran mengamalkan pendekatan 3S iaitu soal kesahihan maklumat yang diterima, sekat diri daripada mengikuti arahan yang diberikan dan sebar maklumat yang betul kepada rakan serta keluarga.
Beliau berkata BNM kini bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), industri perbankan dan industri telekomunikasi menerusi penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi menyelaras respons terhadap kes penipuan.
Mangsa penipuan perlu pantas melaporkan kepada NSRC di talian 997 selain membuat laporan polis bagi memudahkan tindakan lanjut.
"Kebiasaannya, duit yang diambil scammer akan diterima menerusi akaun keldai yang digunakan oleh pihak ketiga dan akan digunakan untuk tujuan haram.
"Peluang untuk memperoleh semula wang yang ditipu adalah bergantung kepada berapa cepat mangsa membuat laporan... kita perlu sedar scammer akan membuat pindahan wang itu daripada akaun keldai ke lapisan-lapisan akaun lain dengan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#scam
#Penjenayah Siber
#BNM
#Cinta palsu
#taktik menakutkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami