awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
03/11/2023
23:00 MYT
Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menunjukkan sijil Malaysian Book Of Records (MBOR) pada Majlis Perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan kali ke-18 2023 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Transformasi pendidikan berkenaan Al-Quran dan ibadah yang diperkenalkan dalam pengajaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah berjaya mendidik serta menanam akidah kanak-kanak di peringkat awal.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata transformasi yang dilakukan Kemas dengan memperkenalkan pengajian ilmu keagamaan itu kepada anak-anak kecil dilihat sebagai langkah yang tepat.
"Potensi ni harus digilap kerana dalam soal ibadah ini terutama solat, mendirikan sembahyang itu adalah didikan utama, prinsip ini harus dididik dari awal," katanya dalam ucapan perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan kali ke-18 tahun 2023 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Ahmad Zahid berkata beliau melihat transformasi yang dilakukan pihak Kemas juga adalah mengikut keadaan semasa selain disesuaikan dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat bagi menggilap potensi anak-anak didikan Kemas di seluruh negara.
Pada majlis itu, Kemas turut dianugerahkan dua sijil "Malaysia Book of Records" bagi rekod 'Largest Children Participation In Building Block Event' yang melibatkan 3,000 orang kanak-kanak serta Penyertaan Terbesar Kanak-kanak dalam Bacaan Selawat melibatkan 2,000 murid.
Hari Potensi Kemas peringkat kebangsaan kali ke-18 itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam yang melibatkan pelbagai aktiviti antaranya bilal cilik, ustazah junior, pidato dan digital hero.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Tabika Kemas
#transformasi
#pendidikan agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan