Kemarahan membara di Korea Selatan pada hari Isnin setelah mendapat petanda bahawa pemindahan feri ditangguhkan oleh kerana panik dan kebimbangan kru. Angka kematian meningkat kepada 64 orang dengan ratusan lagi masih hilang.
"Tempoh beberapa minit disia-siakan sahaja" merupakan tajuk depan akhbar Dong-A Ilbo, sebagai tindak balas kepada transkrip komunikasi yang dikeluarkan pada Ahad yang mendedahkan kekeliruan diantara anak-anak kapal dan kawalan trafik marin tentang prosedur pemindahan.
Seorang kru di mana identitinya tidak diketahui bertanya jika bantuan sedang dalam perjalanan namun seorang pegawai daripada Perkhidmatan Trafik Kapal Jindo (VTS) berkata agar kru berkenaan memastikan penumpang memakai jaket keselamatan dan baju berlebihan.
Pada satu ketika, pegawai VTS berkata hanya kapten sahaya yang boleh membuat keputusan tentang pemindahan sebelum kapal berkenaan terus mencondong dan tenggelam.
"Tentang pemindahan, awak sebagai kapten, akan membuat keputusan muktamad," kata pegawai berkenaan.
Kapten Lee Joon- Seok ditahan Sabtu dengan seorang jurumudi dan pegawai ketiga yang kurang berpengalaman, yang bertanggungjawab ketika kejadian berlaku.
Lee didakwa kerana kecuaian dan gagal untuk memastikan keselamatan ratusan penumpang, kebanyakan daripadanya merupakan kanak-kanak, dalam perjalanan ke pulau peranginan popular di Jeju ketika percutian sekolah.
Kapten dan anak kapal - kebanyakan daripada mereka selamat - menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masih terperangkap di dalamnya.
'Kedua-dua pihak cuai'
Walaupun banyak laporan media Korea Selatan menyalahkan kapten akhbar terbesar di negara berkenaan, Chosun Ilbo, berkata anak-anak kapal dan pusat kawalan marin bersalah.
"Kedua-dua cuai! " merupakan tajuk utama muka depan akhbar berkenaan.
Sejumlah 64 orang telah disahkan meninggal dunia dan 238 lagi masih hilang.
Pegawai pengawal pantai berkata 24 mayat telah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada pagi Rabu, tetapi ratusan lagi masih terperangkap di dalam.
Ahli keluarga mangsa masih bertentangan dengan penggunaan kren untuk mengangkat kapal sebelum penyelam telah mencari setiap bahagian .
"Kami percaya terdapat ramai orang di dek ketiga dan keempat di mana kabin terletak, jadi kami akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan ini," kata jurucakap pengawal pantai kepada pemberita.
"Kami juga telah membuka laluan kepada dewan makan dan akan cuba memasuki kawasan itu."
Astro Awani
Mon Apr 21 2014
Seorang sami mengetuai sesi sembahyang di pelabuhan Jindo untuk feri Korea Selatan yang karam pada 17 April, 2014. -Foto AFP
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Kebuntuan politik Thailand berterusan, undian PM ditangguhkan sekali lagi
Undian ketiga memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis, telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Tanah runtuh Batang Kali: SAR ditangguhkan, bersambung 8 pagi Sabtu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, ditangguhkan 11 malam ini.
Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Operasi mencari, menyelamat Kamaliah ditangguh
Mangsa gagal dikesan dan tiada sebarang petunjuk yang ditemui oleh pasukan penyelamat hingga hari terakhir.
Persidangan Dewan Negara ditangguh
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Negara yang berlangsung sejak 8 Dis lepas ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Gelembung pelancongan di Pulau Tioman, Genting Highlands ditangguhkan
Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Okt ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak.
MB Selangor beri jaminan penyahwartaan HSKLU ditangguhkan - Fahmi Fadzil
Menteri Besar Selangor telah memberi jaminan untuk menangguhkan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sehingga Kerajaan Negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu
Sidang Parlimen kekal bermula 13 September - Wan Junaidi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari.