awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler terbabas akibatkan kemalangan tujuh kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2021
15:36 MYT
Treler terbabas akibatkan kemalangan tujuh kenderaan
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.50 petang dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Rawang. - Gambar/ Sinar Harian
GOMBAK: Sebanyak tujuh kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara sebelum susur Tol Rawang yang mana video kemalangan itu turut tular di media sosial sejak petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.50 petang dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Rawang.
Menurutnya, treler tersebut telah hilang kawalan sebelum terbabas seterusnya melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di lorong sama.
"Akibat kemalangan itu, beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan teruk manakala pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Treler yang dipercayai terbabas mengakibatkan kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 445 PLUS menghala utara sebelum susur Tol Rawang pada Jumaat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta kerjasama orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Artikel Asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#treler terbabas
#kemalangan
#tujuh kenderaan
#7 kenderaan
#PLUS
#tol rawang
#Tular
#viral
#polis
#Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan