awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2021
02:44 MYT
Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 218.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi di Kilometer 218.7 lebuh raya tersebut, lelaki berkenaan ditemui tersepit di dalam treler terbabit dan disahkan meninggal dunia, lapor Sinar Harian.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian daripada MERS 999 pada jam 6.16 pagi.
Menurutnya, 10 anggota termasuk seorang pegawai bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi bagi melakukan operasi menyelamat.
"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera," katanya.
Anuar berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#treler terjunam ke dalam gaung
#Lebuh Raya Pantai Timur 1
#LPT1
#JBPM Pahang
#Anuar Hassan
#pusat gerakan operasi
#MERS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan