awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend guna golongan muda edar dadah semakin membimbangkan - AADK

Bernama
Bernama
28/12/2016
00:08 MYT
Trend guna golongan muda edar dadah semakin membimbangkan - AADK
Trend sindiket dadah mempergunakan golongan muda khususnya pelajar sekolah untuk mengedar dadah seperti pil ecstasy dan syabu membimbangkan. - Gambar fail
Trend sindiket dadah mempergunakan golongan muda khususnya pelajar sekolah untuk mengedar dadah seperti pil ecstasy dan syabu adalah amat membimbangkan.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata ini kerana sindiket itu mengambil kesempatan ke atas golongan muda yang dikategorikan sebagai juvana yang tidak terikat dengan hukuman berat.
Menurutnya golongan tersebut biasanya berusia antara 12 dan 18 tahun yang masih mentah dan tidak berfikir panjang berbanding orang dewasa yang terikat dengan hukuman lebih berat sekiranya disabitkan kesalahan.
"Kita tidak menafikan golongan muda ini dipergunakan oleh pengedar dadah, mungkin juga disebabkan faktor kemiskinan kerana melalui kegiatan ini mereka mampu memperoleh antara RM50 dan RM100 sehari," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 100 pelajar di Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri, Kuala Kedah, di sini pada Selasa.
Nazer berkata, statistik menunjukkan daripada 344 pelajar negeri itu yang menjalani ujian air kencing, 80 peratus daripada mereka didapati mengambil syabu dan angka itu cukup membimbangkan.
"Keadaan ini saya percaya ada kaitan dengan trend terkini kerana dadah ini mudah sampai kepada golongan pelajar dan remaja semasa pergaulan sesama mereka.
"Sehubungan itu, saya meminta ibu bapa khususnya untuk sentiasa memastikan anak-anak berada bersama mereka walaupun pada sebelah malam dan siasat siapa kawan mereka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 13 kawasan dikenal pasti pihaknya untuk program memerangi dadah habis-habisan bagi 2017, antaranya Kota Setar, Kuala Muda, Pokok Sena, Baling dan Kulim.
"Kita akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penghulu, imam dan pemimpin setempat untuk hapuskan sarang penagih," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#ecstasy
#JKKK
#juvana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan