KUALA LUMPUR : Kes jangkitan HIV dalam negara menurun sehingga 66 peratus dari tahun 2002 sehingga 2020.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, perkembangan positif itu disumbang menerusi pengenalan Program Pengurangan Risiko HIV/AIDS negara.
"Jumlah jangkitan baharu HIV masih berada pada paras 3,000. Pada 2020, sebanyak 3,146 kes baharu dilaporkan atau 9.3 individu bersamaan 100,000 populasi. 94 peratus daripadanya adalah disebabkan penyebaran menerusi kegiatan seksual.
"Ia adalah merupakan trend yang sama sejak beberapa tahun yang lalu dan banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik orang ramai bagi memastikan jangkitan menerusi cara ini berkurang.
"Sebanyak 4 peratus yang lain pula disebabkan penggunaan dadah secara suntikan, dan 1 peratus adalah disebabkan jangkitan dari ibu ke anak dan sebab-sebab lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Red Ribbon Gala Sunway-MAF Tun Dr Siti Hasmah Award, Yayasan Aids Malaysia, di sebuah hotel di ibu negara pada Jumaat.
Ujarnya, indeks angka paling tinggi dicatatkan pada 2002 dengan 6,978 kes atau 28 individu bersamaan 100,000 populasi menghidap HIV.
Khairy menambah, trend jangkitan HIV juga telah menunjukkan perubahan yang besar sejak beberapa tahun yang lalu dengan pengenalan program serta sistem rawatan di fasiliti kesihatan negara.
"Trend jangkitan HIV telah berubah sejak beberapa tahun lalu. Lebih banyak perlu dilakukan untuk membendung jangkitan melalui cara ini.
"Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan apabila melihat kita berjaya menghentikan peningkatan kes menerusi suntikan semasa fasa awal wabak HIV dengan memperkenalkan Program Pengurangan Risiko HIV/AIDS.
"Pelaksanaan program pertukaran jarum picagari dan terapi penggantian metadon pada tahun 2006 juga mengakibatkan pengurangan ketara jangkitan baharu sebanyak lebih separuh dalam masa lapan tahun sahaja," katanya.
Ujar beliau, Malaysia akan terus komited dalam misi menamatkan penyebaran HIV/AIDS menjelang 2030.
Nickyson Nyambar
Fri Dec 10 2021
Khairy berkata, trend jangkitan HIV juga telah menunjukkan perubahan yang besar sejak beberapa tahun yang lalu dengan pengenalan program serta sistem rawatan di fasiliti kesihatan negara. - Gambar fail
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Belia 20-29 tahun paling ramai hidap HIV/AIDS - Zahid
Kerajaan akan memperhalusi cadangan bagi memperkasakan masyarakat khususnya golongan belia dengan pengetahuan yang tepat mengenai HIV/AIDS, langkah pencegahan dan isu berkaitan.
Akhiri AIDS: KKM jenama semula pekerja 'outreach', pekerja kes
Langkah tersebut diambil dengan matlamat utama untuk mengakhiri masalah penyakit HIV AIDS di negara ini.
Trend jangkitan HIV menurun 66 peratus sejak 2002 - Khairy
Perkembangan positif itu disumbang menerusi pengenalan Program Pengurangan Risiko HIV/AIDS negara.
Fakta nombor mengenai HIV/AIDS yang perlu anda tahu
Seks dan suntikan jarum? Berikut enam fakta nombor mengenai HIV/AIDS di Malaysia yang perlu kita tahu.