JOHOR BAHRU: Pengendali rangkaian restoran makanan segera halal Malaysia, Marrybrown Sdn Bhd bakal menembusi pasaran antarabangsa baharu dengan membuka cawangan di Kemboja dan Uzbekistan tahun ini.
Ketua Pegawai Kewangan Marrybrown David Liew berkata pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
"Kami komited untuk memperkukuh jenama ini dalam menawarkan pelbagai pilihan menu kami kepada komuniti tempatan dan luar negara.
"Kami juga bakal membuka lima cawangan baharu di Malaysia iaitu masing-masing satu di Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang dan Selangor," katanya ketika berucap pada majlis Keindahan Raya Bersama Marrybrown di Ibu Pejabat Marrybrown di sini malam tadi.
Turut hadir Pengasas Marrybrown Datuk Lawrence Liew dan isterinya Datin Nancy Liew.
David Liew berkata baru-baru ini pihaknya telah membuka cawangan baharu di Lahad Datu, Sabah dan Melbourne, Australia menjadikan jumlah keseluruhan restoran makanan segera itu kepada lebih 500 cawangan di Malaysia dan antarabangsa termasuk di Singapura, Maldives, Sweden dan India.
Mengenai program Keindahan Raya Bersama Marrybrown, beliau berkata ini merupakan program tahunan yang dianjurkan pihaknya sempena sambutan Hari Raya Aidilfiitri.
"Selain meraikan kakitangan dan ahli keluarga mereka, kami turut berbesar hati berkongsi kegembiraan dengan lebih 50 kanak-kanak dari Pusat Asuhan Kanak-Kanak Sari Saujana, Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dan Bengkel Terlindung Sekolah Pendidikan Khas Nur Azalea.
"Sempena Ramadan dan Syawal tahun ini kami telah mengagihkan 20,000 bubur lambuk dan 20,000 burger ayam di cawangan-cawangan Marrybrown seluruh negara selain turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan golongan B40," katanya.
David Liew berkata Marrybrown komited untuk terus menghidangkan makanan berkualiti kepada pelanggan dan juga meraikan momen istimewa bersama pelanggan mereka.
"Kami juga amat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan rakyat Malaysia terhadap jenama Marrybrown ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Liew dan isteri bersama kanak-kanak dari Pusat Asuhan Sari Saujana, Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dan Bengkel Terlindung Sekolah Pendidikan Khas Nur Azalea pada majlis di Ibu Pejabat Marrybrown di Johor Bahru malam tadi. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
Melaka terima dua artifak dipercayai peninggalan Hang Tuah
Artifak berkenaan diterima daripada Tun Muhammad Amin Tun Ahmad iaitu waris ke-11 Hang Tuah yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau di Indonesia.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Marrybrown sasar buka 40 cawangan di Kelantan menjelang 2027
Ia berikutan sambutan memberangsangkan daripada penduduk Kelantan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.