Baru sahaja memperkenalkan produk terbaru, kini tampil lebih pantas dengan memperbaharui produknya iaitu Macbook. Menurut berbeapa sumber, Apple melancarkan MacBook yang lebih nipis berbanding Apple MacBook 12- inch yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas. Apple juga mengemaskini spesfikasi MacBook antaranya pemproses Intel Core M dipertingkatkan ke 1.3 GHz berbanding sebelum ini. Modul memori lebih pantas 1866MHZ digantikan kepada modul 1600 MHz. Selain mempertingkat perubahan dalaman, Apple juga memperkenalkan pilihan warna ke empat iaitu merah jambu dan emas yang sinonim dengan iPhone 6S. Selain itu, Apple juga menaik taraf ketahanan bateri kepada yang tahan lebih lama. Menurut, Apple baterinya boleh bertahan selama 10 jam apabila melayari web dan 11 jam jika memainkan video secara berterusan. Ini adalah penambahan 1 jam berbanding model MacBook sebelum ini.
MacBook terbaru ini akan masuk dipasaran pada 20 April. Bagi harganya di Amerika bermula dari USD 1,299 untuk model 1.1GHz dengan 8GB RAM dan 256GB ruang storan SSD hingga USD1599 untuk model 1.2GHz dengan 8GB RAM dengan 512GB ruang storan SSD.Apple juga dijangka akan mengumumkan sistem operasi mereka yang dijenamakan semula sebagai MacOS.