Polis-Evo-2.jpg
Kenapa filem Polis Evo harus ditonton? Istimewa filem ini membawa pelbagai kelainan dari segi plot dan kekuatan setiap karakter yang dibawa. Antara sebab utama penonton perlu layan filem ini, buat kali pertama Shaheziy Sam tampil bentuk badan sasa bagi memenuhi karakternya. Zizan Razak pula, muncul dengan watak yang sangat berbeza tidak seperti dalam filem yang pernah dibintanginya sebelum ini.

Selain barisan pelakon hebat, plot yang dibawakan dalam Polis Evo bukan seperti cerita aksi polis yang dipernah anda saksikan. Pelbagai aksi menarik menerusi gabungan Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang cuba membenteras jenayah dadah yang di ketuai oleh Izaril di Terengganu. Malah ada juga konflik, timbul di antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang sering berbeza pendapat dalam cara mereka berkerja.

Polis-Evo-3.jpg
Konflik kemuncak menjadi hangat, apabila Izrail mula melibatkan ahli keluarga Sani ke dalam kes ini. Kini, Khai dan Sani mula sedar mereka perlu belajar bekerjsama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya? Saksikan Filem Polis Evo pada 17 Sptember di seluruh pawagam.