PUTRAJAYA: Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
"Kita belum rundingi apa kawasan yang dikatakan sebagai Ambalat atau 200 batu nautika ke atas atau apa yang dikatakan sebagai zon ekonomi eksklusif (ZEE).
"Tidak dirundingi dan belum dirundingi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Assaffal Alian di persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lepas yang mendakwa kononnya Malaysia telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.
Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.
Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.
Wisma Putra dalam penjelasan berhubung Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun lepas di Putrajaya sempena lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia memaklumkan triti itu tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE dan pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.
"Dalam erti kata lain, triti tersebut tidak melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat," menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 20 Jun.
Sementara itu, Mohamad menegaskan kerajaan Persekutuan amat mengambil berat dan sentiasa berhati-hati mengenai soal triti yang melibatkan soal persempadanan maritim kedua-dua negara.
Beliau berkata setiap keputusan yang dibuat berkaitan soal triti maritim adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982.
"(Ia juga melibatkan) pakar antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan penglibatan kerajaan negeri Sabah. Tidak sekalipun sentuh soal Ambalat...jauh lagi kawasan itu," katanya serta menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Sabah komited mempertahankan kedaulatan negara serta perairan Sabah.
"Saya juga sebagai Ahli Parlimen dari Sabah tidak akan relakan kedaulatan Sabah digadaikan...saya pertahankan perairan Sabah dan kedaulatannya, ini komitmen saya," kata Ahli Parlimen Kimanis itu.
Mohamad berkata kenyataan Assafal mengenai Ambalat itu mengelirukan masyarakat dan berunsur fitnah selain menggesa beliau segera mengemukakan permohonan maaf.
"Rujuk Wisma Putra dan jangan buat kenyataan mengelirukan masyarakat hingga sampai tahap fitnah...jangan tambah perkara tidak wujud dan timbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
MOHAMAD: Kita belum rundingi apa kawasan yang dikatakan sebagai Ambalat atau 200 batu nautika ke atas atau apa yang dikatakan sebagai zon ekonomi eksklusif (ZEE). -Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu Ambalat: Dokumen perjanjian persempadanan maritim belum dapat didedahkan - Mohamad
Jelas beliau, ketika ini Indonesia belum meratifikasikan dokumen Triti Laut Sulawesi di Parlimen republik itu.
Triti Laut Sulawesi tidak melibatkan Ambalat - Mohamad Alamin
Mohamad menegaskan kerajaan Persekutuan amat mengambil berat dan sentiasa berhati-hati mengenai soal triti yang melibatkan soal persempadanan maritim kedua-dua negara.
Sabah hormati Triti Laut Sulawesi, pastikan hak negeri terpelihara - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri akan menghormati Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi) antara Malaysia dan Indonesia yang ditandatangani pada 8 Jun lepas.
Perjanjian Sempadan Maritim Malaysia - Indonesia: Pemeteraian ambil kira nasihat pakar maritim negara - KLN
Rundingan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi berlangsung selama 18 tahun melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.