Jumlah kematian akibat bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 96 orang.
Menurut wartawan media tempatan Kompas TV, Saffri Sitepu, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) memberitahu, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat ke 350 orang, dan mereka telah dipindahkan ke hospital di kedua-dua bandar.
"Angka kematian dan kecederaan berdasarkan mangsa yang ditemui oleh Basarnas dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB).
"Saat ini, pemerintah (kerajaan) Indonesia sedang berusaha memberikan bantuan dan pertolongan kepada masyarakat di Palu dan Donggala.
"Gempa dan tsunami ini membuat kita sangat sedih kerana banyak sekali rumah, gedung, peralatan dan aktiviti masyarakat jadi lumpuh terus," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI sebentar tadi.
Kata Saffri, sejak bencana tsunami di Acheh pada 2004, kerajaan Indonesia telah menggerakkan pelbagai sistem amaran di seluruh pesisir wilayah Indonesia, termasuk di Palu dan Donggala.
"Kota Palu ini bukan satu kawasan yang sering terjadinya gempa bumi, jadi kami masyarakat di sini terkejut dengan kedatangan gempa bumi kali ini.
"Sebelum ini, kejadian gempa bumi hanya pernah berlaku pada tahun 1962 dan 1996," katanya.
Tegasnya, tidak timbul isu kerajaan lalai atau tidak memberi peringatan kepada masyarakat kerana sistem amaran bencana telah pun ditempatkan di daerah-daerah pesisir, untuk gempa bumi mahupun tsunami.
"Tetapi ini semua tidak kita inginkan. Apa yang penting sekarang, rakyat, kerajaan dan negara tetangga semua sedang berusaha memberi bantuan kepada masyarakat Palu dan Donggala agar aktiviti di sini boleh kembali pulih," kata Saffri.
Bantuan yang paling diperlukan setakat ini?
"Ketika ini, masyarakat di Palu dan Donggala semua telah meninggalkan kawasan pesisiran dan pinggir-pinggir laut untuk ke daerah-daerah lebih tinggi.
"Tentunya, apa yang diperlukan buat masa ini adalah makanan, ubat-ubatan, selimut, tempat tinggal dan yang utamanya, air bersih. Ia akan menjadi masalah jika keperluan air bersih tidak dipenuhi," kata Saffri.
Tambahnya, selain mendapatkan sumber bekalan, pasukan bencana dan sukarelawan juga sedang berusaha membantu orang ramai mencari ahli-ahli keluarga mereka yang hilang.
BACA: 30 maut dalam kejadian gempa, tsunami Sulawesi - Agensi
BACA: Tsunami kuat landa bandar Palu, Sulawesi Tengah
Astro Awani
Sat Sep 29 2018
Orang ramai bantu mengalihkan mayat-mayat mangsa bencana tsunami di Palu, Pulau Sulawesi, Indonesia pada Sabtu.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
3 diselamatkan selepas hanyut di laut rupanya lanun Selat Melaka, Selat Singapura
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menyelamatkan tiga individu pada Isnin selepas terkandas di laut sebelum mereka ditahan kerana dipercayai lanun.
Empat maut bangunan runtuh di Kalimantan Selatan
Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan.
Kapal bawa 181 penumpang dan 14 kru terbakar di Maluku, Indonesia
Sebuah kapal penumpang, KM Karya Indah yang membawa 181 penumpang dan 14 kru kapal terbakar di Perairan Pulau Limafatola, Sanana, di Maluku Utara, Indonesia.
Gempa Sulawesi: Angka korban meningkat kepada 84
Gempa di Kepulauan Sulawesi Indonesia Jumaat lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 84 mangsa setakat Isnin.
Nahas Sriwijaya Air: Pasukan penyelamat fokus cari lokasi pesawat terhempas
Ia merupakan fokus mereka malam ini, sebelum proses mencari dan menyelamat dilakukan esok.
Jenazah mangsa lemas Teluk Cowie selamat dikebumikan
Jenazah dibawa ke rumah ibu bapanya di Taman Apas Permai, Batu 15 Apas selepas selesai proses bedah siasat untuk disembahyangkan.
Tsunami Selat Sunda: Haiwan terancam turut diselamatkan
Laporan BBC menyatakan penyu yang diselamatkan adalah daripada spesis penyu sisik (eretmochelys imbricata) yang termasuk dalam kategori haiwan terancam.
Tahap amaran Anak Krakatau dinaikkan ke kedua paling berbahaya
Status amaran terhadap Gunung Berapi Anak Krakatau dinaikkan ke tahap kedua paling berbahaya, dengan menetapkan zon pengecualian sejauh 5km, menurut pihak penguatkuasa Indonesia.
Nahas Lion Air: Penyelam dengar tangisan, teriakan di dasar laut?
Genap seminggu tragedi pesawat Lion Air JT610 terhempas, pelbagai pihak berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanpa kenal erti penat.
Nahas Lion Air: Semua pesawat Boeing 737 MAX 8 diperiksa
Pegawai Kementerian Pengangkutan mengesahkan pemeriksaan ke atas pesawat Garuda dan Lion Air sudah bermula pada Selasa.