SEREMBAN:Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan rakyat bersatu dan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, mempertahan serta melindungi negara terutama dalam mendepani cabaran COVID-19.
"Menyedari akan impak pandemik ini ke atas ekonomi, beta juga menggesa supaya kerajaan negeri teguh mengemudi pentadbiran dan kreatif mencorakkan strategi yang lebih dinamik dalam pelaksanaan pembangunan negeri ini ke arah pemulihan ekonomi," titah Tuanku Muhriz menerusi kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-73 baginda, hari ini.
Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik COVID-19.
"Jika dibandingkan dengan negara yang dianggap lebih maju daripada segi kepakaran dan sistem kesihatan, kejayaan pengawalan penularan COVID-19 di Malaysia adalah amat mengagumkan.
"Beta berasa bangga dan amat menghargai komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan semua petugas barisan hadapan kesihatan, anggota polis dan tentera serta para sukarelawan daripada agensi swasta dan badan bukan kerajaan serta individu yang telah memberi bantuan dengan pelbagai cara," titah baginda.
Tuanku Muhriz juga turut mengajak semua rakyat agar menghargai dan berterima kasih atas tindakan segera yang diambil agensi kesihatan di negara ini yang telah mengatur perancangan dan strategi berkesan dalam memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.
Sementara itu, baginda turut mengingatkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama serta budaya supaya sentiasa mewujudkan permuafakatan dan mengetepikan perbezaan demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.
"Beta menyeru agar semangat perpaduan ini terus diamalkan masyarakat sepanjang masa dan bukannya dalam situasi krisis sahaja," titah baginda.
Baginda dalam pada masa yang sama turut menyeru rakyat supaya kebersihan dijadikan satu budaya.
"Pemerhatian beta mendapati terdapat segelintir masyarakat yang memandang remeh akan pentingnya kebersihan dengan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya. Mutu sistem pengurusan sampah hendaklah ditambah baik tetapi ia bukanlah kaedah penyelesaian sebenar kerana yang lebih penting adalah sikap dan pendirian masyarakat terhadap kebersihan.
"Untuk memastikan amalan ini menjadi budaya dalam masyarakat, pendedahan haruslah dimulakan kepada kanak-kanak seawal pendidikan prasekolah dan di rumah, dan diteruskan sehingga mereka menamatkan pelajaran. Jika langkah seperti ini tidak dibuat, amalan budaya kebersihan tidak akan menyerap ke dalam masyarakat," titah baginda.
Tuanku Muhriz dalam titahnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua para penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan kali ini.
Baginda juga mengingatkan para penerima bahawa kurniaan itu merupakan pengiktirafan yang perlu sentiasa dipelihara kerana ia sangat berkait rapat dengan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.
"Oleh itu, setiap penerima mempunyai amanah untuk menjaga kemuliaan dan pengiktirafan yang dikurniakan dengan memastikan imej, tata susila, tingkah laku dan keperibadian masing-masing sentiasa terpelihara," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Tuanku Muhriz bertitah supaya kepimpinan kerajaan dan rakyat bersatu dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara. - Gambar fail/Bernama

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).

Enam muka baharu antara 10 Exco Negeri Sembilan
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bermula jam 10.15 pagi.

PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kaji dasar sekat anak pelarian dapat pendidikan formal - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir gesa kerajaan mengkaji semula dasar yang menyekat kanak-kanak pelarian untuk mendapat akses kepada pendidikan formal.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bersidang secara rasmi pada Selasa
Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua jam selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu.

Terus usaha realisasi agenda ketiga SDG - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz titah agar pengamal perubatan, termasuk anggota WONCA, terus berusaha bagi merealisasikan agenda ketiga Pembangunan Mampan.

Tuanku Muhriz nasihat rakyat Negeri Sembilan rai Aidilfitri secara sederhana
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya rakyat negeri ini meraikan sambutan Aidilfitri secara sederhana berikutan suasana ekonomi negara yang

Tuanku Muhriz gesa kepimpinan kerajaan, rakyat bersatu pertahan negara
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan dan rakyat bersatu dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara.

Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad ditarik balik
Ia membabitkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk kepada Ibrahim pada 14 Jan lepas.