KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kabinet bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MPN ketika ini telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi menangani isu kenaikan harga barang.
“Jawatankuasa Tindakan Khas itu diterajui Kementerian Sumber Manusia dan dianggotai pelbagai agensi berkenaan akan membentangkan laporan dan cadangan penyelesaian kepada MPN dalam mesyuarat yang akan datang.
“Saya juga berpandangan sebuah Jawatankuasa Kabinet wajar ditubuhkan untuk menangani isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bagi membantu meringankan beban rakyat pada waktu yang sukar ini, saya selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan supaya PN menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah di seluruh negara.
"Datuk Seri Ronald Kiandee, Ahli Majlis Tertinggi PN dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jawatankuasa di peringkat nasional bagi menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MPN juga katanya turut menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu kekangan aliran tunai dan pembiayaan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mencari penyelesaian segera isu kecairan yang dihadapi PMKS dalam tempoh pemulihan ini.
Langkah ini dijangka dapat membantu PMKS memulakan perniagaan atau operasi dengan segera sekali gus meningkatkan keupayaan penawaran.
“Saya berharap agensi penguat kuasa akan terus melipatgandakan usaha penguatkuasaan untuk memastikan pengeluar, pembekal dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pada kadar yang tidak munasabah.
“Tindakan undang-undang yang tegas mesti diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mereka yang ingkar,” katanya lagi.
Madiha Abdullah
Thu Dec 02 2021
MPN ketika ini telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi menangani isu kenaikan harga barang. - Gambar fail/ASTRO AWANI
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Ahli sokong kerajaan: Bersatu mahu Akta Antilompat Parti dikaji semula
Pihaknya juga akan mengemukakan laporan polis dan SPRM dalam masa terdekat.
Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden
ini kerana pertuduhan kes rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden dan bukannya kapasiti peribadi.
'Penyokong jaga tingkah laku, kerana kami parti yang aman' - Muhyiddin
Beliau menjawab soalan sama ada akan tercetusnya situasi luar jangka seperti protes dalam kalangan penyokong.
Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.
Siasatan dana RM300 juta: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM
Presiden Bersatu itu dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
5G: DNB wujud selepas ambil kira perbezaan kepentingan syarikat telekomunikasi - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sewaktu beliau menjadi PM, terdapat risiko kegagalan penyediaan 5G selepas mengambil kira perbezaan kepentingan telco.
Tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani isu kenaikan harga barang - Muhyiddin
MPN ketika ini telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Muhyiddin tidak menyesal lepaskan jawatan Perdana Menteri
Malah beliau melihat, langkah itu sebagai memenuhi kehendak Perlembagaan dan segala yang berlaku adalah takdir Allah SWT.
Boleh 'hentam', tetapi saya pilih untuk utamakan rakyat - Muhyiddin
Ketika memegang jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menekankan, tumpuan utama kerajaannya adalah untuk membantu rakyat.