awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tubuh Suruhanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
02/02/2024
13:38 MYT
Tubuh Suruhanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis
Musa berkata Kerajaan perlu melibatkan lebih ramai pakar-pakar diluar sektor perkhidmatan awam dalam menilai skim pencen. - Foto: USM
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tubuhkan Suruhanjaya Gaji bagi meneliti isu pencen dan pelaksanaan skim persaraan secara menyeluruh.
Mantan Pengarah dan Pengasas Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Musa Ali berkata, Kerajaan perlu melibatkan lebih ramai pakar di luar sektor perkhidmatan awam dalam menilai skim pencen agar sebarang keputusan tidak menyebabkan mana-mana pihak tercicir.
“Saya mencadangkan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Gaji agar pakar ekonomi dan pakar sumber manusia boleh dihimpunkan, agar keputusan Kerajaan buat untuk tambah baik terma-terma pencen sedia ada untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan itu dilihat dari semua sudut.
“Ini memastikan semua tindakan Kerajaan adalah berdasarkan kepada penilaian semua pihak. Pada masa sekarang, dibuat oleh pihak Kerajaan tanpa penglibatan langsung dengan pakar-pakar lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Tubuh Surahanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis
Tambah Musa, skim pencen sedia ada wajar dikekalkan memandangkan ia diakui sebagai sistem perlindungan usia persaraan antara yang terbaik di dunia.
Namun pada masa yang sama jelasnya, semua pihak harus berlapang dada dan memperakui bahawa Kerajaan juga perlu menimbangkan keperluan mendesak untuk mengurangkan beban kewangan semasa.
Musa juga mencadangkan, sekiranya skim pencen dihapuskan, maka satu tabung persaraan perlu diwujudkan untuk penjawat awam dan peruntukan beberapa ratus juta ringgit perlu didahulukan oleh Kerajaan.
“Kerajaan perlu melabur beberapa ratus juta didahulukan kedalam tabung. Seterusnya, menggalakkan tabungan oleh bakal pesara. Hasil tabungan ini boleh digunakan selepas usia bersara,” katanya lagi.
Pada hujung Januari, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen dan pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas tetapi golongan baharu yang dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#pencen
#suruhanjaya gaji
#musa ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan