awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM bakal guna pesawat UAV pantau perairan negara - PTU

Fareez Azman
Fareez Azman
18/12/2020
06:59 MYT
TUDM bakal guna pesawat UAV pantau perairan negara - PTU
Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata aset terbaharu itu akan dikendalikan TUDM selepas kerajaan meluluskan peruntukan pembelian sistem pesawat tanpa pemandu (UAS). - Astro AWANI
SUBANG:Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) untuk tujuan pemantauan terutama di sekitar perairan negara dalam tempoh tiga tahun lagi.
Menurut Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, aset terbaharu itu akan dikendalikan TUDM selepas kerajaan meluluskan peruntukan pembelian sistem pesawat tanpa pemandu (UAS).
"Tahun 2020 juga (TUDM) telah menubuhkan satu skuadron baharu iaitu Skuadron Dron. Kita wujudkan skuadron ini (untuk) persediaan ketika tiga tahun lagi kita dapat sistem dron. Kerajaan telah luluskan peruntukan yang kita nak untuk UAS," katanya.
Julai lalu, TUDM mengumumkan penubuhan No 11 skuadron UAV yang merupakan skuadron pertama bakal mengendalikan aset terbaharu itu.
Pesawat tanpa pemandu kategori Medium Altitude Long Endurance (MALE) itu difahamkan mampu terbang selama 24 jam dengan ketinggian latitud 19,500 kaki dan dilengkapi dengan pelbagai sensor bagi tujuan pemantauan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penamatan perkhidmatan helikopter Nuri, jelas Ackbal, TUDM akan menyewa helikopter dari syarikat tempatan untuk kegunaan utiliti dalam tempoh lima tahun.
"TUDM akan menggunakan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM60 juta pesawat Nuri sebelum ini bagi menyewa helikopter berkenaan.
Untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) kita akan guna helikopter EC725. Jika kita guna helikopter sewa untuk SAR kosnya akan mahal.
"Keputusan melucutkan perkhidmatan helikopter Nuri adalah disebabkan kos penyelengggaran yang terlalu tinggi serta mengambil masa lama bagi mendapatkan alat ganti," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tahun 2020 di Pangkalan Udara TUDM pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#TUDM
#pesawat tanpa pemandu
#uav
#uas
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#operasi mencari dan menyelamat
#kerajaan
#aset pertahanan
#Pemantuan
#perairan negara
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan