awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026
Orang buruan warga Malaysia ditahan di lapangan terbang India, tunggu penyerahan kepada PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan MAVCOM cuba ambil alih peranan agensi lain tidak berasas - Abdul Gani

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/05/2018
14:00 MYT
Tuduhan MAVCOM cuba ambil alih peranan agensi lain tidak berasas - Abdul Gani
Menurut bekas Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, antara alasan penubuhan MAVCOM terdahulu adalah berlandaskan landskap penerbangan awam yang telah berkembang dengan pantas. Foto: Bernama
Tujuan utama penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) adalah bagi melindungi hak dan kepentingan para penumpang kapal terbang dan sebagai agensi pengawal selia yang bebas, ia tidak mempunyai sebarang pertalian terhadap kos yang perlu ditanggung kerajaan.
Menurut bekas Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, antara alasan penubuhan MAVCOM terdahulu adalah berlandaskan landskap penerbangan awam yang telah berkembang dengan pantas.
“Pelbagai tuduhan palsu terhadap MAVCOM yang semakin tular di media sosial sejak kebelakangan ini dan sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Pemandu yang merangka MAVCOM, saya perlu memastikan sebarang kenyataan yang dibuat berlandaskan fakta.
“Sebagai agensi pengawal selia bebas, MAVCOM diberikan amanah untuk bertanggungjawab memastikan untuk melindungi pengguna dalam industri penerbangan awam di Malaysia.
“Jika terdapat apa-apa masalah, ia adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan peranan yang perlu digalas oleh MAVCOM dalam melindungi hak serta keselamatan penumpang penerbangan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Tambah Abdul Gani, sebarang aduan yang dikemukakan perlu dibalas dalam tempoh tujuh hari dan diselesaikan mengikut jangka masa maksimum 30 hari, maka tiada keperluan untuk bergantung kepada pertimbangan entiti komersial atau dibelenggu ketidakpastian setiap kali berdepan masalah.
Buat masa ini, tiada agensi lain yang menawarkan perkhidmatan ini mahupun Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MvCC).
Justeru tegas Abdul Gani, dakwaan bahawa MAVCOM cuba mengambil alih peranan pihak terbabit adalah tidak berasas.
“Penumpang hanya perlu menyumbang RM1 apabila berlepas dari lapangan terbang negara ini, ia sekali gus mencerminkan pelaburan yang berbaloi.
“Bukan itu sahaja, penumpangan yang menggunakan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada bayaran berkenaan.
“Saya pasti pengguna yang telah menggunakan khidmat nasihat dan perkhidmatan MAVCOM akui kepentingan agensi ini untuk manfaat mereka,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Abdul Gani Patail
#Ahli Jawatankuasa Pemandu
#Kementerian Pengangkutan
#mavcom
#MvCC
#Perkhidmatan Udara Luar Bandar
#RAS
#Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
#Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan