awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh 'Kampung Baru' dicadangkan sebagai tapak warisan dunia

Bernama
Bernama
24/06/2023
12:52 MYT
Tujuh 'Kampung Baru' dicadangkan sebagai tapak warisan dunia
Nga berkata tujuh kampung ini dipilih daripada keseluruhan 613 Kampung Baru di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka dan Selangor. - Gambar Bernama
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Warisan Negara telah memilih tujuh 'Kampung Baru' untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tujuh kampung ini dipilih daripada keseluruhan 613 Kampung Baru di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka dan Selangor.
"Tujuh kampung ini termasuk Kampung Baru Berapit di sini telah dipilih sebagai wakil negara untuk memohon status taraf tapak warisan dunia UNESCO.
"Kalau semua berjalan lancar, pada 2026 akan datang, Malaysia akan menambah satu lagi tapak warisan dunia selepas George Town dan Melaka," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Baru Berapit di sini hari ini.
Di samping itu, beliau turut mengumumkan bahawa pada tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.02 juta yang akan disalurkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk melaksanakan 19 projek bernilai RM2.88 juta dan Majlis Bandaran Seberang Perai bagi melaksanakan 3 projek yang bernilai RM1.13 juta.
"Antara projek naik taraf yang dilaksanakan termasuklah pembangunan infrastruktur dan pengukuhan sosioekonomi seperti jalan, parit, longkang, laluan pejalan kaki tembok dan lampu, serta kemudahan seperti dewan orang ramai, balai raya dan gelanggang bola keranjang," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM660,000 untuk kerja-kerja menurap jalan di Kampung Baru Berapit, menaik taraf medan selera serta pemasangan kipas siling di medan selera di kampung tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#KPKT
#lawatan kerja
#Kampung Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan