IPOH: Sebanyak tujuh daripada 11 kedai sederet di Jalan Lee Ling Hin, Menglembu, dekat sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 10.09 malam.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.
Mereka turut dibantu jentera dari BBP Ipoh dan Simpang Pulai di samping Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Menglembu dan Pasir Pinji.
“Setibanya jentera bersama 18 anggota bomba dan 15 anggota PBS di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sederet kedai kelas B berkeluasan 80x30.
“Terdapat 11 pintu di mana hanya melibatkan tujuh pintu, setiap satu berkeluasan 7x13, yang musnah terbakar keseluruhan dianggarkan 50 peratus,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Menurutnya, premis terjejas ialah lima unit kedai gunting, sebuah kedai jahit dan sebuah lagi kedai kosong.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fadzeki Che Hussin tamat pada jam 12.07 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 22 2021
Tujuh kedai sederet di Jalan Lee Ling Hin, Menglembu musnah dalam kebakaran malam tadi. -Foto JBPM
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.