KUALA LUMPUR: Tujuh kriteria perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik atau 'Reopening Safely' dalam menuju ke arah persekitaran hidup bersama COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata ia merangkumi satu prosedur operasi standard (SOP) dengan sembilan garis panduan; sistem amaran dan tindakan (HAS); Strategi Ujian Nasional; serta TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan, Cari).
Selain itu, automasi FTTIS (Automated Find, Test, Trace, Isolate, Support); pembukaan sempadan negara secara berperingkat; dan duta-duta pemerkasaan komuniti juga adalah antara kriteria berkenaan.
"Namun semua ini bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang akan diadakan dalam minggu ini atau minggu depan," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau juga berkata peralihan ke fasa endemik akan dilakukan secara serentak di seluruh negara, berdasarkan kepada kriteria antarabangsa termasuk yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Hishammuddin berkata ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 hari ini bagi memastikan setiap perancangan ke arah endemik berjalan lancar, difahami semua pihak dan tidak menjejaskan usaha membendung penularan COVID-19 di negara ini.
Menurutnya peralihan ke fasa edemik merupakan langkah kerajaan seterusnya selepas kebanyakan negeri sudah berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali Sarawak dan Kelantan.
Beliau berkata kerajaan secara berhati-hati dan berperingkat telah memberikan pelbagai kelonggaran termasuk pembukaaan sektor industri, kebenaran rentas negeri, pembukaan semula sekolah dan institut pengajian tinggi serta melaksanakan gelembung pelancongan.
Sementara itu katanya pembukaan semula sempadan negara secara berperingkat dan berhati-hati juga merupakan antara aspek penting dalam peralihan ke fasa endemik.
Hishammuddin berkata ia merangkumi aspek pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan; kemasukan pekerja asing di bawah Kementerian Sumber Manusia; perjalanan berkaitan perniagaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; serta skim laluan perjalanan vaksinasi (VTL) udara di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Negeri.
Skim VTL udara membolehkan individu yang telah divaksin lengkap melakukan perjalanan ke beberapa negara terpilih tanpa terikat dengan kewajipan menjalani kuarantin
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong bercakap pada sidang media Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Tujuh kriteria sebagai persediaan peralihan ke fasa endemik - Hishammuddin
Tujuh kriteria perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik atau 'Reopening Safely' dalam menuju ke arah persekitaran hidup bersama COVID-19.