awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lanun Somalia mengaku tak bersalah lepaskan tembakan

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2013
10:17 MYT
Tujuh lanun Somalia mengaku tak bersalah lepaskan tembakan
Tujuh rakyat Somalia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal pada dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 2 hingga 13 September depan untuk perbicaraan kes.
Ahmed Othman Jamal, 27, Abdil Eid Hasan, 22, dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan berkenaan dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Abazafree Mohd Abbas manakala pembelaan diketuai peguam Amrit Pal Singh.
Insiden berlaku di atas kapal Bunga Laurel, pada jarak 250 batu nautika dari perairan Oman antara 8.10 malam hingga 10 malam pada 20 Januari 2011.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dalam insiden berkenaan Tentera Laut Diraja Malaysia, (TLDM) berjaya menyelamatkan 23 krew dan merampas semula kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun di perairan Teluk Aden.
Tujuh lanun warga Somalia berjaya ditahan selepas berbalas tembakan dengan pasukan Komando Laut TLDM.
Misi menyelamat tersebut dilakukan dengan sokongan kapal bantuan Bunga Mas 5 dan sebuah helikopter.
Topic Berkaitan
#ATM
#kapal
#lanun
#mahkamah
#rompak
#Somalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan