awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah

Bernama
Bernama
05/11/2024
15:30 MYT
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Zaiham berkata kesemua lelaki itu berumur lingkungan 39 hingga 70 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kekerasan dan harta benda. - Gambar Bernama
KUANTAN: Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands pada 23 Okt lepas, seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak tengah hari tadi telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata tiga daripada mereka termasuk lelaki warga asing dituduh pada 28 Okt lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala empat lagi telah dibebaskan setelah mendapat arahan Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau berkata kesemua lelaki itu berumur lingkungan 39 hingga 70 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kekerasan dan harta benda.
"Insiden berlaku kira-kira 3.15 petang melibatkan lapan lelaki manakala polis menerima laporan sekitar 5.55 petang hari sama.
"Tujuh ditahan bagi membantu siasatan dan hasil siasatan mendapati, kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran berkaitan insurans cip kasino bernilai RM100 yang perlu dibayar seorang daripada lelaki itu," katanya dalam kenyataan.
Zaiham berkata kejadian telah menyebabkan sebahagian daripada mereka cedera ringan dan dirawat di hospital.
Beliau sehubungan itu memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan kes berkenaan kerana telah disiasat dan didakwa di mahkamah.
Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat menerusi pelbagai platform media sosial menunjukkan beberapa individu bergaduh di sebuah kasino.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#media sosial
#warga asing
#rakaman video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan