awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lokaliti di Sabah, kawasan Penjara Pokok Sena dikenakan PKPD

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/10/2020
09:33 MYT
Tujuh lokaliti di Sabah, kawasan Penjara Pokok Sena dikenakan PKPD
Ismail berkata tempoh PKPD di kawasan Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Sabah juga dilanjutkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 11 Oktober sehingga 24 Oktober.
Hal itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan COVID-19 yang dijalankan melalui sesi Facebook Live, susulan beliau masih dalam tempoh kuarantin.
"Enam lokaliti di Semporna ialah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau, manakala di Kunak ialah Kampung Pangkalan.
“Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas dan perkara ini akan dikoordikadinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Sabah,” katanya.
Di Kedah, pertambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dan anggota keselamatan di kawasan Penjara Pokok Sena, menyebabkan kawasan itu termasuk kuarters kakitangan, diletakkan dalam tempoh PKPD bermula 11 Oktober hingga 24 Oktober.
Sementara itu, tempoh PKPD Bersyarat akan dilanjutkan di empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober.
Ismail turut memaklumkan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh PKPD di kawasan Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Sabah.
PKPD di dua kawasan ini sepatutnya tamat hari ini namun akan diteruskan bermula esok, 10 Oktober sehingga 25 Oktober.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kedah
#Semporna
#Tawau
#Lahad Datu
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Majlis Keselamatan Negara
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan