awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh peniaga diberi notis amaran harga peranti mencurigakan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/01/2021
05:39 MYT
Tujuh peniaga diberi notis amaran harga peranti mencurigakan
Pegawai KPDNHEP melakukan pemeriksaan di premis perniagaan yang menjual barangan kelengkapan elektronik seperti komputer meja, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit. - Astro AWANI
ALOR SETAR:Tujuh pemilik premis menjual alat peranti dikenakan notis dan diminta memberi maklum balas selepas didapati menjual alatan elektronik pada harga mencurigakan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, tindakan itu dikenakan ketika Op Catut 8.0 dilakukan berikutan maklumat awam berkaitan kenaikan harga barangan terbabit disebabkan permintaan tinggi di pasaran.
Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap premis perniagaan yang menjual barangan kelengkapan elektronik seperti komputer meja, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit.
“Tujuh notis bagi mendapatkan maklumat berhubung harga barang berkenaan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah diserah kepada peniaga-peniaga berkenaan bagi mendapatkan maklumat harga terperinci berkenaan peranti-peranti.
“Peniaga-peniaga ini diberi tempoh selama dua hari untuk memberi maklum balas berhubung maklumat harga barangan berkenaan kepada pihak kita untuk siasatan lanjut,” ujar Mohd Shahran.
Beliau berkata demikian ketika melakukan pemeriksaan di kompleks menjual alatan peranti elektronik di Alor Setar, hari ini.
Mohd Shahran berkata, peniaga perlu mengemukakan maklumat seperti yang diarahkan seperti harga barangan yang dijual dan kos langsung seperti sewa premis serta upah pekerja.
Beliau berkata, pemeriksaan akan dilakukan di seluruh daerah di negeri ini untuk memastikan harga stabil dan tiada kenaikan berlaku.
Ini kerana penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon pintar dan komputer riba amat diperlukan terutama pelajar sekolah dan instutusi pengajian tinggi (IPT) selepas Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagi memastikan di saat pengguna memerlukan peralatan peranti electronik tersebut, peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga peralatan berkenaan. Sekiranya didapati peniaga-peniaga itu menaikan harga dan berlakunya pencatutan di situ, kita akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Mohd Shahran menasihati, orang ramai boleh membuat laporan kepada pihaknya sekiranya ada didapati berlaku kenaikan harga membabitkan barangan elektronik dan telefon pintar di negeri ini untuk memudahkan tindakan dilakukan.
Topic Berkaitan
#peniaga
#harga peranti barangan elektronik
#Komputer Riba
#keperluan semasa PKP
#WFH
#kerja dri rumah
#pelajar IPT
#pelajar universiti
#anti pencatutan
#op catut
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan