Polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.

Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dalam sidang media khas pada Sabtu berkata siasatan polis mendapati wujud unsur khianat dengan niat membakar dalam insiden yang telah meragut nyawa 23 mangsa itu.


Tambahnya, enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah, manakala dua suspek memiliki rekod kesalahan lampau.

Beliau berkata motif kebakaran berpunca daripada ejek mengejek di antara suspek dengan pelajar tahfiz.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.

BACA: Tindakan tegas jika terbukti wujud unsur khianat - TPM Zahid

BACA: Pengusaha sekolah pondok tidak ambil berat aspek keselamatan kebakaran - Bomba