awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang elektrik

Bernama
Bernama
02/03/2025
06:50 MYT
Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang elektrik
Tiga mangsa dewasa berusia 20 hingga 40-an tersepit manakala empat kanak-kanak mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan. - Foto JBPM
GEORGE TOWN: Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Uban di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 1.56 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.
"Terdapat tiga mangsa dewasa berusia 20 hingga 40-an tersepit manakala empat kanak-kanak mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan.
"Kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.54 pagi sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa yang tersepit mengalami kecederaan antaranya patah tangan kanan dan cedera di kepala serta perut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tujuh sekeluarga nyaris maut
#langgar tiang elektrik
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan