awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang cuci mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2022
09:10 MYT
Tukang cuci mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar lelaki di dalam tandas sebuah masjid.
KUALA TERENGGANU: Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar lelaki di dalam tandas sebuah masjid.
Tertuduh, Mohd Sharonizan Zolkefli, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 15 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Ogos lalu di sebuah tandas masjid di daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.10 pagi.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu mahkamah menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Topic Berkaitan
#tukang cuci
#amang seksual
#remaja lelaki
#tandas masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan