awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang gunting maut, kereta dipandu terputus dua

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2021
01:17 MYT
Tukang gunting maut, kereta dipandu terputus dua
Kereta dipandu mangsa terputus dua selepas terlibat dalam nahas di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang tukang gunting rambut maut apabila kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan dan terputus dua selepas dirempuh sebuah Volkswagen Golf di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada Ahad.
Kejadian jam 10 malam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, yang beralamat di Kampung Bahagia Mersing meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati nahas itu membabitkan tiga kenderaan.
Menurutnya, ketika kejadian kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Bestari Jaya menuju ke Sungai Buloh bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira di laluan sama.
"Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit di sebelah kanan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Volkswagen Golf.
"Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah
#Ramli Kasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan