AMPANG JAYA: Seorang tukang gunting rambut dipercayai pesakit mental ditahan polis selepas mengamuk menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 10.51 pagi yang ketakutan dengan gelagat lelaki berkenaan.
Menurutnya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi terpaksa mengambil masa bagi menenangkan lelaki itu, sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.
"Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia, panjang lebih kurang 30 sentimeter," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mohamad Farouk memberitahu, berdasarkan pemeriksaan awal, suspek merupakan pemegang kad pesakit mental (PSY) dan mempunyai rekod serta sedang menjalani rawatan di wad kuning PSY di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kerana menakutkan secara jenayah.
Bagi seksyen itu, jika disabit salah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Lelaki itu juga katanya disiasat mengikut Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Gelagat menakutkan lelaki itu sempat dirakam penduduk sebelum ditularkan di media sosial.
Suspek yang memakai jaket, berseluar panjang serta bertopi keledar itu dilihat cuba mengacukan pisau pemotong daging tersebut ke arah anggota polis yang cuba menenangkannya.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 18 2023

Suspek yang memakai jaket, berseluar panjang serta bertopi keledar itu dilihat cuba mengacukan pisau ke arah anggota polis yang cuba menenangkannya. - Gambar/ Media sosial

Rangka manusia tapak arkeologi Guar Kepah akan dibawa pulang dari Belanda
Rangka-rangka ini dijangka dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang sedang dibangunkan.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Peniaga ditahan selepas mengamuk guna parang
Dalam kejadian 2 petang, suspek berumur 40 tahun, sebelum itu telah bertengkar dengan bekas isterinya.

Tukang gunting rambut mengamuk guna pisau pemotong daging
Seorang tukang gunting rambut dipercayai pesakit mental ditahan polis selepas mengamuk menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang Jaya pada Rabu.