Seorang tukang masak dan isterinya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh anak lelaki mereka, Disember lepas.
Mohd Wirah Mohd Yakub, 33, dan Nur Aqma Rosli, 22, dituduh bersama-sama dengan niat membunuh Mohd Dizhwar Dzaky Abdullah, 5, di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, antara 11 pagi dan 10.26 malam, 25 Dis lepas.
Bapa kandung dan ibu tiri rakyat Indonesia itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Rashidah Baharom.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abd Jalil Salam Muhamad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat dan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
Sementara itu, Nur Aqma turut berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan penganiayaan ke atas seorang lagi anak lelaki tirinya, Mohammad Dayyan Daffa Mohd Wirah, 4, dengan menyebabkan kecederaan fizikal.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di rumah sama, di Taman Sentosa, di sini, antara Jun dan 25 Dis lepas, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.
Nur Aqma didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam R.Subash.
Mahkamah menetapkan 11 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Bernama
Mon Jan 07 2019
Seorang tukang masak Mohd Wirah Mohd Yakub, 33, dan isterinya Nur Aqma Rosli, 22, (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelaki mereka. - Foto Bernama
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
AWANI Borneo [10/05/2024] – Takziah | Fokus tugas menteri | Waspada!
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Enam pegawai kanan dan anggota polis yang sebelum ini ditahan berhubung kes pemerasan RM1.25 juta, direman semula selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), bermula semalam.
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
Azam Baki junjung kasih YDP, ikrar integriti dalam tugasan
Azam juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.